"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu"
Orang A: Apa pendapat awak tentang Hudud?
Orang B: Sebelum saya jawab saya nak tahu pendapat awak dulu. boleh?
Orang A: Boleh je. hehe. Bagi saya lah kan, bukan nak kata apa la..saya bukan nak mempersoalkan hukum Allah sebab saya pun islam kan tapi saya rasa hudud ni masih tak sesuai nak dilaksanakan di Malaysia.
Orang B: kenape ek? 0_o?
Orang A: Yela, kita hidup berbilang kaum kan dan walaupun hudud ni untuk orang islam je tapi bila orang non-muslim tengok mesti mereka takut nak dekati islam. yela...hukuman mencuri sahaja dah kena potong tangan. ye saya tahu itu supaya orang tak mencuri lagi tapi nampak kejam pun ada. memanglah prevention is better than cure but still when non-muslim tengok cara orang islam bertindak atas sesuatu jenayah mesti ini akan menakutkan mereka dan mereka akan menganggap agama islam ni agama terrorist dahla kat negara omputeh mereka memang menganggap islam ni agama keganasan. kalau malaysia laksanakan jugak hudud maka pasti takkan ada non-muslim yang nak kenali agama kita. kita nak sebarkan islam kenalah dengan hemah kannn....lagipun sekarang dah moden dan hukum hudud kan lama turun sejak zaman nabi so masih relevankah untuk masa sekarang?
Orang B: Awak islam?
Orang A: Eh, mestilah saya islam. nah tengok neh (sambil menunjukkan kad pengenalan diri yang tertera agama: ISLAM)
Orang B: awak yakin dengan Allah SWT?
Orang A: mestilah yakin! Allah itu satu dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya
Orang B: Awak yakin dengan amar makruf nahi mungkar?
Orang A: of course lah...kita kena PATUH pada semua arahanNya dan meninggalkan semua laranganNya
Orang B: Alhamdulillah..awak yakin dengan Allah tapi kenapa awak tak yakin dengan hukum Allah SWT sedangkan Dia LEBIH MENGETAHUI hambaNya luar dan dalam.
orang A: .....................
moral of the story:
Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu bahkan Dia tahu setiap isi di dalam hati manusia jadi adakah Allah zalim terhadap hambaNya. Telah banyak bukti-bukti kekuasaan Allah yang telah ditunjukkan kepada kita dan adakah kita masih TIDAK YAKIN dengan hukum Allah ini?
Saya bukanlah mahu memberi penjelasan hudud itu macam mana dan kenapa hudud itu lebih baik daripada undang2 yang sedia ada (walaupun saya ada mencari dan mengambil tahu tentang hudud itu) sebab ANDA boleh carinya sendiri kan dan banyak blog-blog ilmu dan ceramah-ceramah di youtube yang menceritakan tentang kebaikan hudud. Saya yakin dengan hukum Allah dan hukum Allah itu tidak beredar mengikut zaman sebab ISLAM itu sendiri agama universal jadi mestilah setiap apa yang di dalamnya juga universal untuk dipraktikkan tanpa mengira zaman.
makluman untuk semua ya, SAYA BUKAN PENENTANG KERAJAAN tapi saya PENENTANG KEBATILAN =)
lagipun saya SAYANG TANAH AIR saya MALAYSIA =) dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia..
saya pergi tau sokong pemain Malaysia lwn Australia tapi tulaa...kalah 5-0...huhu...takpelah cuba lagi len kali...
k da lari topik lak...
wassalam
k da lari topik lak...
wassalam
0 comments:
Post a Comment
Jazakumullah Khayran Kathira Atas Ingatan =)