Saturday, August 27, 2011

Ramadan di Perantauan

 Jom Amalkan! =) Selawat Tafrijiyyah


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah wa syukurillah


 Dikala assignment tinggi menggunung, aku masih cool berblogging..huhu..=_='
(takpa2 nanti kita buat kerja ya...hehe)

Alhamdulillah kita dah masuk fasa 10 terakhir Ramadan. Harap kita akan buat pecutan ekstrem dalam melaksanakan dan memperbanyakkan ibadah kita.

Ramadan kali ini juga merupakan Ramadan yang bersejarah buat saya kerana inilah Ramadan pertama saya di bumi asing Australia. Ya, suasananya amat berbeza. AMAT BERBEZA

Pertama, hari pertama puasa bangun sahur punyalah awal kan dalam pukul 4.30 pagi macam tu sebab subuh pukul 5.00 pagi..Em, memang sangat awal la tapi bestnya bulan Ramadan ni dalam musim winter so berbuka pun awal la sebab malam lagi panjang berbanding siang. Pukul 5.00 ptg lebih2 macam tu dah berbuka..Yeah!

Kedua, kalau waktu siang kat Malaysia, kedai restoren islam mesti tutup kan. mesti tutup lah..kalau buka memang nak kena dengan Jais la jawabnya tapi kat sini memang berbeza la kan dah negara sekular, restoren dibuka macam biasa dan lebih memelikkan saya apabila restoren orang2 islam di Auburn (nama tempat di OZ di mana kbnyakan penduduknya muslim  Lubnan) pun dibuka seperti biasa, tapi kita husnuzon la kan, sebab orang non-muslim nak makan kan. Ramadan waktu siang biasa je tapi malam adalah yang paling saya suka. kenapa? ok.Next

Ketiga, Saya suka waktu malam kat sini satu sebab malam lebih panjang so bila dah siap terawih tu kita masih punya banyak masa untuk studi ke atau buat kerja2 lain. Malam lebih panjang juga seperti Allah memberi peluang kepadakita untuk kita perbanyakkan amalan di waktu malam. rebutlah peluang ini sebab inilah sahaja bulan yang pahala amalan DIGANDAKAN. :)

Keempat, serius saya katakan, banyak ilmu berguna yang saya dapat sepanjang bulan Ramadan ini contohnya seperti menjadi imam dan bilal (utk muslimat sahaja) solat terawih dan witir, belajar juga tentang kiraan bulan dalam menentukan puasa. Kalau dulu kita tengok tv sahaja dah tahu bila kena puasa tapi kat sini tiada government in charge dlm menentukan hari pertama puasa so kita terpaksa belajar dan mengetahui sendiri bila kita perlu puasa. kenapa saya kata macam ni? sebab kat Australia ni ada banyak NGO yang bertindak sebagai pemberitahu hari pertama ramadan. Dan kami juga keliru pada mulanya sebab ada kata puasa 1 ogos dan ada kata 2 ogos. Perbezaannya di sini sebab satu kaedah ikot calculation dan satu kaedah lagi ikut anak bulan. Saya beriktikad dengan mengikut anak bulan sebab ianya dikukuhkan dgn hadis tapi saya pun tak mahu komen dengan yang mengikut calculation sebab saya pun kurang ilmu untuk mempberi penerangan tapi insyaAllah sama2 kita belajar. Jadi kat Sydney sahaja ada dua golongan; yang puasa 1 ogos dan yang puasa 2 ogos. menarik kan!

Kelima, sebagai orang yang diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ACL a.k.a Assistance Cohort Leader (or ada yang kata Aku Che Lah...err) saya juga terlibat dalam menguruskan program2 sepanjang 2011 untuk TESOL Cohort Two. Antaranya, dalam bulan Ramadan ini kami mulakan denga Iftar Jamaei Cohort Two yg bertujuan memupuk perasaan kasih sayang sesama kami dan mengubat kerinduan menyambut Ramadan di rumah.huhu. Biro Kerohanian pula diberi kepercayaan untuk conduct Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan dan alhamdulillah kami berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kali dalam bulan yang penuh barakah ini. Harapan kami supaya ayat-ayat suci Al-Quran ini akan terus menjadi azimat dan kekuatan kepada kami sepanjang bergelar muslim di bumi OZ ini. Tidak lupa juga sesi photoshoot raya yang kami buat untuk menghantar gambar kepada akhbar2 tempatan dan alhamdulillah banyak juga gambar kami yang masuk paper..(har3...bangga pulak).



Selain daripada itu, kami juga berjaya melaksanakan satu program berbentuk sharing iaitu 7 Habits of Highly Effective Muslim dimana kami membincangkan kembali ulasan Ustaz Hasrizal terhadap buku 7 Habits oleh Steven Covey tapi dilihat dari perspektif islam.


Semalam pula baru sahaja selesai Majlis Khatam Al-Quran Cohort 1 dan Cohort 2 secara besar-besaran. Kami iftar sama2 dan terawih sama2. Seronok sangat walaupun dan dapat bersama keluarga di Malaysia, kami masih ada senior-senior yang sudi menceriakan hidup kami di sini. Thanks seniors! You are the best seniors we have ever had. =)

Sedikit gambar untuk pengubat rindu mereka di Malaysia


Gambar Keluarga EMJAY :)
Geng2 Kelantan!
TESOL 1
Our BIG family of TESOL COHORT 2!


Ok. setakat itu sahaja untuk hari ini. Selamat merebut pahala sebanyak mungkin di 10 malam terakhir Ramadan ni. Ramadan Kareem semua!

Wassalam





0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah Khayran Kathira Atas Ingatan =)