Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah wa syukurillah
Kehadapan adikku (adik sangat kann...) Anis Adiba Omar,
Semoga sihat selalu dan ceria selalu. Masa berlalu pantas kan? Sekejapnya rasa tapi rupanya dah 3 tahun kita kenal dan kita bina ukhwah. Frankly speaking, I'm not really know you until today. You always being calm and always makes other people happy. Such an unique aura in you sis, how did you do that?? Tell me..(mood: forcing)
Kali pertama kita bertemu, mata bertentang mata, kata-kata mula terbitkan bicara ialah di bilik kamu (ayat...errr...).
saya: nama awak ape?
anis: nama saya anis adiba
saya: asal?
anis: ganu.
saya: oo...ganu...
(entah betul ke tidak ni, macam reka sendiri je...hehe)
Tapi part aura tu memang betul ok. anda mempunyai aura yang baik (insyaAllah) di mana sesiapa sahaja yang bersama anda akan berasa tenang dan gembira. Kalau tak percaya tanya diorang...betul tak kawan-kawan? BETUL!
emm..payah benor la nak wish ni so apa kata kita hayati sedikit nukilan dari anonymous ini:
Duhai sahabatku Anis Adiba
Mengenalimu suatu anugerah
Mengenalimu juga satu rahmat
Sungguh Allah itu Maha Mengetahui
Dia tahu persis saat aku perlukan teman
Teman yang bisa menegur silapku
Teman yang setia mendengar rintihanku
Teman yang sabar dengan karenahku
Namun aku juga tahu engkau punya masalah sendiri
Sabarmu amatku hormat
Menahan perasaan yang membukam di jiwa
sedangkan aku sendiri tidak bisa sepertimu
Sungguh, hanya Dia yang Maha Mengetahui
Azamku,
Mahu menjadi sahabat yang baik buatmu
Mahu menjadi sahabat yang bisa meredakan sesakmu
Mahu menjadi sahabat yang bisa mengembirakanmu
Tapi sebaliknya pula yang sentiasa berlaku
(takpelah kan at least ada azam tu..hehe)
Doaku untukmu:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosanya,
Aku mohon Ya Allah, Kau kurniakanlah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Aku mohon Ya Allah, Kau teguhkanlah imannya, kuatkanlah rohani dan jasmaninya
untuk terus berdakwah di jalanMu
Kau berikanlah dia kekuatan menempuh dugaan dan rintangan
Kau kekalkanlah dan perkukuhkanlah peribadi solehahnya
Sesungguhnya dia, aku sayang keranaMu Ya Allah
Aku menyayanginya kerana ada agamaMu padanya Ya Allah
Kuatkanlah ukhwah kami Ya Allah
Kuatkanlah kami menghadapi ujianMu Ya Allah
Tetapkanlah hati-hati kami untuk terus berjuang menegakkan agamaMu Ya Allah
Ya Allah perkenankanlah
Amin Ya Rabbal Alamin
...........................
Penat curah idea apa yang nak wish kat anda tapi apa-apa pun
SANAH HELWAH YA UKHTI,
ANIS ADIBA BINTI OMAR
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP LANGKAH KITA, PERBUATAN KITA DAN PERCAKAPAN KITA.
SEMOGA IANYA SENTIASA DINIATKAN HANYA KERANA ALLAH SWT
Dari DIA kita datang maka dari DIA jugalah kita bakal kembali,
jangan lupa ucap tahniah kepada mak dan abah tu sebab berjaya(insyaAllah) mendidik anda untuk menjadi anda seperti hari ni macam yang aku pernah buat ni SANAH HELWAH . Bila baca balik mesti aku akan menangis. =_= '
sekian. Wassalam
0 comments:
Post a Comment
Jazakumullah Khayran Kathira Atas Ingatan =)