Tuesday, May 10, 2011

Anda Mampu untuk S_ _ _ _??

Assalamualaikum wbt
apa khabar semua?

InsyaAllah dan Alhamdulillah saya ucapkan kepada semua
Sebelum kita meneruskan kepada perbincangan jom sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Nabi, Kerabat-Kerabat Baginda, sahabat-sahabat baginda dan juga kepada seluruh umat islam yang telah kembali ke rahmatullah. InsyaAllah kita juga akan kembali bertemu saudara kita di Jannah(insyaAllah) suatu hari nanti.



........................

Jom kita telosori dulu kisah Stephen Covey bersama isteri dan anaknya:

Ketika Covey sampai di pintu rumah, dia diterpa anak kecilnya sambil berkata, “daddy, I am a hardworking man”
Sandra, isterinya berkata, “tadi semasa saya baru balik kerja, anak kita ini sedang menaburkan bekas-bekas makanan kotor di atas lantai. Kemudian disimbahnya dengan air”
Oh, itu pengalaman kita semua. Balik kerja, penat-penat, sakit-sakit, tiba-tiba anak buat hal. Apa reaksi anda? Bagaimana reaksi Sandra?
“Saya tahan sabar. Saya tanya anak kita kenapa dia buat begitu?”, kata Sandra.
“Apa katanya?”, tanya Stephen.
“Saya nak tolong emak!”, jawab si anak.
Ya, si anak menyepahkan pinggan mangkuk dengan niat mahu MEMBANTU EMAK.
Bayangkan jika Sadra menampar si anak tadi, apakah pelajaran yang anaknya perolehi?
Hatinya akan berkata, “kalau nak tolong emak, nanti kena tampar!”
Jangan terkejut jika anak kita akhirnya membesar berat tulang, berat punggung. Kita yang mengajarnya dulu. Jika mahu menolong emak, habuannya penampar!
Apa kata Sandra?
“Oh begitu, kenapa tak basuh di sinki?”, tanya Sandra kepada anaknya.
“Tak sampai”, kata si anak kecil.
“Baiklah, lepas ini kalau kamu nak tolong emak, beritahu dahulu, ok? Emak akan ambilkan bangku dan kamu basuh di sinki, boleh?”, pujuk Sandra.
“Boleh”, jawab di anak.

“Bagus, you are a hardworking man”, puji si ibu yang proaktif.


saya nak tanya, jika kita berada dalam situasi di atas kan apa agaknya kita akan lakukan??
majoriti daripada kita pasti akan memarahi anak2 dan melarang mereka dari MENOLONG kita di dapur..betul tak??
sebab tu la ramai anak2 sekarang yang malas tolong ibubapa kat rumah, maybe mereka pernah experience situasi macam ni.
melihat kepada reaksi Sandra, apa yang boleh kita katakan, beliau berSABAR
Ya! itulah topik kita hari ni SABAR
...
senang untuk mengucapkan sabar tapi untuk melaksanankanya amatlah payah.
kan?
Apa definisi SABAR bagi anda?
Sabar berasal dari bahasa Arab dari akar SHABARA (صَبَرَ), hanya tidak yang berada dibelakang hurufnya karena ia tidak bisa berdiri sendiri. Shabara’ala (صَبَرَ عَلَى) berarti bersabar atau tabah hati, shabara’an (صَبَرَ عَنْ) berarti memohon atau mencegah, shabarabihi (صَبَرَ بِهِ) berarti menanggung.

Dalam pendekatan ilmu Fikih, sabar didefinisikan sebagai tabah, yakni dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan hukum Islam, baik dalam keadaan lapang maupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang dapat menggoncangkan iman.

Menurut Ibnu Qayyim sabar berarti menahan diri dari kelih kesah dan rasa benci, menahan lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari tindakan yang mengganggu dan mengacaukan.


(kedua-dua definisi ini diambil dari http://fadilhafiz.multiply.com/reviews/item/15 )

Ya, itulah sabar tapi seringkali kita salah erti

Kita anggap sabar ini sebagai sesuatu kekalahan
feel defeated when we cannot againsts him/her opinion

kita rasa sabar itu sesuatu yang hanya memperlihatkan kelemahan kita.
Kita salah sebenarnya, sabar adalah suatu tindakan yang proaktif.

Masalahnya, kita sering mahu menjadi seorang yang reaktif:
bila ada orang marah kita marah dia balik,
bila ada menangis kita pulak lebih2 menangis,
bila orang merajuk dengan kita, kita pun merajuk

inilah sifat2 orang yang reaktif, reaksinya mengikut apa yang terjadi kepadanya. Jika semua manusia di di dunia reaktif memang dunia ini akan sentiasa dalam pergolakan dan kacau bilau.

Jika Sandra tadi seorang reaktif, pasti dia akan memukul anaknya kerana mengotorkan dapur.

Kita? adakah kita reaktif.
sebenarnya sabar itu adalah suatu kekuatan dan Nabi sendiri bersetuju dengan statement saya;
"Bukanlah gagah itu, pada orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang gagah itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah"

Payahkan nak jadi penyabar terutama ketika marah. Marah ni sangat berbahaya sebab ketika marah, apa2 sahaja kejahatan boleh berlaku dari sekecil2 pertelingkahan lidah hingga membunuh pun boleh terjadi semata-mata kerana marah ketika itu.

Sebab itu salah satu salah satu sifat mukmin ialah Sabar sebab sabar itu penting dan satu keperluan untuk semua umat islam. Islam merupakan agama yang lengkap sehingga sifat yang patut ada pada manusia pun telah termaktub di dalam al-quran. subhanallah! Islam itu melengkapi.

ok, sebelum kita boleh bersabar first kita kena tahu dulu dari mana asalnya sabar ni, maksud saya sumber sabar ni boleh ada atau terbit dalam hati kita. Sesungguhnya Sabar ini milik Allah, kalau Allah tak kurniakan sifat sabar ini maka kita akan sentiasa saling menyakiti sesama kita.
Sabar dari Allah, dalam surah al-Nahl 16: 127, "Dan bersabarlah kamu. Dan tiadalah berhasil kesabaranmu MELAINKAN dengan ALLAH.

Sabar bukan menyerah! Sabar itu berundur sebentar untuk berfikir sejenak memberi ruang kepada AKAL membuat keputusan yang lebih bernas sebelum membuat keputusan. Analoginya anak panah!

pemuda yang baru sahaja mengenal pemanah dia akan ambil pemanah dan terus targetkan anak panah pada targetnya, tanpa menunggu lama dia terus melepaskan anak panahnya, 2 posibilities dia akan terima, 1) anak panah tersasar 2) tangannya luka akibat terlalu excited untuk melepaskan panah hingga tali panah terkena lengan.

Bagi orang yang pro dalam bidang memanah, dia tidak akan tergopoh-gapah, dia akan aim target yang hendak dipanah, kemudian memilih anak panah terbaik dalam koleksinya, dia akan tarik tali dan sasarkan pada targetnya, tangan diluruskan, mata anak panah di'aim'kan betul2 then.."bang!" lepaskan..dan anak panahnya tepat kena pada sasaran.

itulah Sabar, memberi ruang untuk mencari penyelesaian,solusi yang lebih tepat dan berkesan untuk mengatasi masalah!

So, hari ini saya nak kongsi satu doa bagi orang2 yang payah sikit nak tahan sabar, saya pun amalkan doa ini.insyaAllah bermanfaat untuk semua.

surah al-Araf 7: 126

Rabbana afraq' 'alaina sobran watawaffana muslimin

ertinya: Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim (berserah kepadaMu)

apa2pun nasihat ini saya tujukan utk saya paling utama dan berkongsi sedikit pandangan bersama anda semua, jika ada apa2 yang kurang boleh lah tegur ye..

sekian, jumpa lagi di lain topik (^_^)

wassalam

p/s: maaf jika ada typing error or double typing ke, tak sempat nak check lagi..



0 comments:

Post a Comment

Jazakumullah Khayran Kathira Atas Ingatan =)