Assalamualaikum wbt
anda sihat?
InsyaAllah semoga semuanya sihat-sihat hendaknya
sihat dari segi fizikal, mental dan juga rohani
Ya, saya tahu saya makin jarang berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam blog ini.
Sesungguhnya saya juga manusia biasa yang perlukan masa untuk "sembuh"
Walaupun tak mampu nak "sembuh" sepenuhnya tapi alhamdulillah dengan izin Allah saya tabahkan hati, kuatkan semangat dan semunya saya buat kerana Allah SWT
Ya, saya bukan alim pun saya pun masih lagi merangkak tapi saya sedang cuba untuk berjalan
Ya, iman ada turun naiknya, kejap saya bersemangat tapi ada ketika saya rasa sangat lemah...lemah sangat...Ya Allah hanya padamu aku bersandarkan harapan ini..
Walau bagaimanpun, pencarian kita kali ini adalah untuk mencari cinta Illahi..Kadang-kadang kita perlu sedih untuk mengingatkan diri kita pada Allah..Memang lebih bagus jika kita dapat mengingati Allah sepanjang masa tapi Allah kurniakan "kesedihan" ini supaya kita boleh bagi attention yang lebih kepada Allah SWT...Dia nak kita mengadu padaNya dan memang benar bila kita mengadu kepadaNya kita rasa lebih tenang..alhamdulillah..
beberapa hari yang lalu, saya telah banyak berjalan dan semoga perjalanan saya itu adalah perjalanan tarbiah, juga banyak ilmu yang saya perolehi samada dari alam, persekitaran dan insan sendiri.
Di sydney opera house, saya menimba ilmu dan walaupun berat saya akan cuba sedaya upaya untuk memahaminya dan menghayatinya. jujur, saya memang seorang yang dalam kategori "slow learner" dalam bab-bab agama hingga pada satu ketika dahulu saya pernah mempunyai fahaman " takpela saya tak boleh bab-bab agama, akademik saya boleh, saya memang tak layak masuk sekolah agama". Dulu saya fikir, orang agama ini tertakluk pada bekas-bekas pelajar sekolah agama sahaja tapi sebenarnya bukan begitu, Islam tu wajib dipelajari dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat yang mengaku mereka islam. Ilmu yang saya perolehi sangat berguna dan memerlukan saya berfikir, bertafakur dan diam sejenak. Alahamdulillah setiap apa yang Allah berikan itu pasti ada hikmahNya untuk saya.
Selang beberapa hari saya bersama rakan-rakan pergi ke Lakemba, di sini banyak sangat orang islam dari berbeza negara dan budaya tap islam itu telah menyatukan hati-hati mereka. Alahamdulillah. Melihat muslimin yang tidur di masjid untuk mengejar satu pertiga malam amat mengagumkan saya. Lebih mengharukan apabila waktu solat subuh di masjid, 7 saf jemaah muslimin terbentuk untuk sujud pada Pencipta. Sungguh hebat tarbiahMu sesungguhnya hatiku bergetar dan mataku bergenang melihat kehebatanMu disanjung oleh hamba-hambaMu yang soleh. Mampukah aku seperti itu?
Saya juga turut mengikuti sesi halaqah yang diadakan oleh MUMSA's sisters di Macquarie University, tajuknya UMPATAN. Ya sangat sinonim dengan wanita, Wanita, antara penghuni neraka yang paling ramai. Astarghfirullah!! halaqahnya sangat terkesan dan terima kasih atas ilmuMu. (tentang umpatan ni akan saya share dalam post seterusnya). Ini juga sebuah perjalanan, perjalanan tarbiyah yang sangatbermakna buat saya.
Perjalanan mencari dan menggapai cintaMu bukan hanya dengan berjalan sambil melihat pemandangan tapi lebih kepada kita memandang setiap makhluk sedang berzikir kepadaMu sambil melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cekap. Contoh, kita melihat langit, "wah, cantiknya awan" tapi yang sebenarnya yang patut kita ucap "subhanallah, cantikNya langitMu dan mereka sedang berzikir sepanjang masa kepadaMu sambil melaksanakan tanggungjawab memberi keteduhan, keredupan dan perlindungan kepada setiap manusia dan lain-lain dari terkena pancaran sinar uv yang boleh membahayakan makhluk di bumi. Hebatkan? mereka taat dan patuh kepada Allah sedangkan mereka tidak dikurniakan akal. Bagaimana pula dengan kita, kita adalah sebaik-baik makhluk kerana akal yang Allah kurniakan. Tapi adakah kita patuh kepada Pemberi akal kita??
Walaupun kita punya akal kadang-kadang kita lebih utamakan permintaan hati kita sehingga kita menjebak diri dalam ruang dosa, Ya setiap dosa pasti akan dibalas, walaupun sekecil zarah, ya gerun bunyinya bukan tapi bukankah Allah itu Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. Tapi kita jarang mengsyukuri peluang itu. Allah itu Maha Penyayang, walau seluruh manusia membenci kita atas kejahilan, kesilapan kita dahulu tapi Allah tidak akan memalingkan diriNya andai kita bermohon kepadaNya untuk meminta keampunan. Kerana pada akhirnya kita mahu pada pandanganNya bukan pandangan manusia.
Maaflah, entry kali ini sedikit tidak tersusun, semuanya terluah tanpa saya sedari
Jadi ingin saya mengundur diri, semoga kita sentiasa dipelihara dari maksiat
Wassalam
Islam bukan untuk yg bersekolah agama saje.. tapi untuk semua.. :) nice..
ReplyDeletesubhanallah..moga setiap helaan nafasmu dibawah naungan rahmat Allah..ameen
ReplyDeleteperjalanan tarbiyyah tidak akan pernah berhenti melaiankan saat kematian tiba..moga terus istiqamah ye adikku:)
ariff:sokong!!tp tula ka...pemikiran waktu sekolah dulu xmatang...alhamdulillah semuanya makin jelas...insyaAllah...syukran..
ReplyDeleteakak: trima kasih..doakan ye...luv u...