Sunday, April 17, 2011

Jaulah ke Blue Mountain



Assalamualaikum wbt
kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa, mencari ruang untuk menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Pemilik seluruh alam kerana masih lagi mengizinkan saya bernafas untuk hari ini.
Alhamdulillah baru-baru ini kumpulan usrah saya telah mengadakan satu jaulah ke Blue Mountain yakni satu tempat pelancongan di sini. Suhunya amatlah sejuk. itu belum winter lagi, kalau musim winter tak tahu lah saya.



Perjalanan kami bermula pada pukul 6.50pg dimana kami perlu berkumpul di bus stop untuk ke Macquarie centre. From Macquarie centre we went to the train station and buy a ticket to west ryde (if im not mistaken =_='). From there we walked to the place we booked our cars. there were 12 of us and each car will be occupied with 4 people including drivers. The three cars were Corolla Altis, Corolla Ascent and Hyundai Getz. Macam tak percaya je dapat bawak kereta besar and agak mahal macam ni je kat sini. Btw, kereta kat sini memang murah-murah tau. Sewa sehari 80 je..padan lah dengan kereta kan..

Kereta yang saya naik adalah Corolla Ascent bersama drivernya Aini Ruzi, Co-drivernya Kak Akmar Syazni and penumpang lagi berwibawa dan berdedikasi, saya dan Dalila. Perjalanan mengambil masa agak lama juga. Sepatutnya kami boleh sampai dalam sejam setengah je tapi disebabkan jam so kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi. Alhamdulillah sepanjang perjalanan banyak ilmu dan pengalaman bermanfaat dikongsikan di dalam kereta.

sesampainya di Blue Mountain, Ya Allah cuacanya sejuk amat. ini baru autumn tak masuk winter lagi..agak-agak winter nanti macamana la kan. Tapi saya sangat kagum dengan pemandangannya. Subhanallah sangat cantik dan hebat. Sungguh ciptaan Allah itu walau dimana sahaja kita beraada pasti mengamit hati yang memandang. Hanya kesyukuran saya mampu panjatkan dengan pemberian deria penglihatan yang terhad ini (rabun..) saya masih lagi mampu untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT.. Selepas berehat sejenak kami terus melangkah ke kawasan yang lapang dan agak terlindung dari pandangan manusia lain untuk menunaikan kewajipan solat zohor. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan solat di kawasan terbuka dilihat oleh lautan rimba dan gunung ganang yang sama-sama bertasbih dan berzikir memuji illahi. Allahuakhbar, terasa seperti seluruh alam sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Pencipta.

Selepas solat kami menjamu selera bersama bekal yang kami bawa dari rumah, saya buat kek coklat dan ada yang buat nasi goreng, muffin dan pelbagai lagi juadah yang menarik. Alhamdulillah rezeki Allah itu ada sahaja di mana-mana dan tak pernah putus.

Melihat kebesaran Allah membuatkan saya berasa diri saya kerdil. Alam ini cukup luas, sangat luas dan mereka sentiasa bertasbih memuji Allah siang malam tanpa henti. Kita? berapa peratus agaknya dalam sehari kita bertasbih mengingati Allah, sedangkan kita makhluk yang berakal dan mereka tidak.

Kami teruskan kembara berjalan menuju satu lagi kawasan yang kita boleh lihat pemandangan dengan lebih jelas dan luas. Di situ terdapat tangga menuruni gunung untuk sampai ke tanah. Kami kuatkan diri menuruni tangga-tangga curam itu. Ya, kaki saya sendiri mengeletar kerana gayat dan penat turun tangga yang curam. itu baru turun. Naiknya sangat2 memenatkan ditambah dengan udara yang sejuk menyebabkan saya sangat susah untuk bernafas dan mengepam oksigen ke dalam badan. sampai di separuh pendakian saya hampir pengsan, muka saya pucat, badan saya berpeluh panas, saya buka sweater tebal yang dipakai kerana rasa lemas, kepala saya sangat pening. merehatkan diri dalam 20 minit dan apabila ingin menyambung pendakian kaki saya tak mampu untuk melangkah. Lemah, ini kali pertama saya merasa lemah, selemah-lemahnya sehingga badan saya seperti bukan dalam kawalan saya lagi. badan saya tak mampu untuk bergerak. Saya tidak berkuasa ke atas badan saya sendiri.

Beberapa ketika kak akmar sampai di kawasan tempat saya rehat. Kak akmar dengan aini lah yang memimpin dan memapah saya naik ke atas. badan saya berpaut pada kak akmar dan aini pula membantu Izzaty yang juga kelihatan penat. Bermula dari situ, di setiap perhentian kami berhenti untuk mengumpul tenaga untuk kembali ke puncak. Selepas beberapa perhentian, tenaga saya semakin pulih, otak saya mula mengawal kembali pergerakan badan saya. tetapi masih lemah dan kak akmar masih setia memimpin saya supaya tidak jatuh. Hampir 1 jam setengah kami mendaki gunung untuk kembali ke puncak akhirnya kami berjaya dan kami kepenatan.

Pengalaman yang cukup berharga buat saya, Allah itu lah pemilik segala sesuatu di dunia ini sehingga kita sendiri tidak mampu mengawal diri kita. Kalau kita buka minda, bukan setakat fizikal yang kita tak mampu kawal malah perasaan kita, emosi kita pun kadang kala di luar kawalan kita. Jika kita tak mampu kawal diri kita mampukah kita untuk memimpin/ mengawal orang lain? Sesungguhnya kita mampu berusaha dan terus berusaha tapi pengajarannya di sini, hanya Allah yang mampu mengawal segala perkara. Yang penting kita jangan berputus asa. Jangan mudah menyerah, andai kita lemah, akan ada yang Allah hantar untuk menolong kita.

Kesimpulannya, jaulah kali ini amat memberi kesan dalam diri saya kerana inilah kali pertama saya hampir pengsan kerana mendaki gunung padahal saya memang sangat suka mendaki gunung dan bukit dan tak pernah pun selelah ini.

sedikit gambar untuk dikongsi:

subhanallah...lautan rimba terbentang luas dan belum dijajah pembangunan

solat itu tiang agama - persediaan dalam menunaikan solat

tangga yang bersejarah padaku

alhamdulillah..putrialmi

tidak cukup ahli

cukup ahli (^_^)


Wassalam

1 comments:

  1. lah... comey nye sign putri almi tuh...
    nk wat gak.. aja plizzz... ;ppp

    ReplyDelete

Jazakumullah Khayran Kathira Atas Ingatan =)