"Aku sedikit pun tidak tertarik dengan pujukan itu. Aku berperang kerana Allah, bukan kerana pangkat dan harta!" - Panglima Zaqhanus
Inilah ungkapan Panglima Zaqhanus ketika beliau dipujuk oleh Maharaja Konstantinople untuk bekerjasama menjatuhkan tentera Islam yang diketuai Sultan Muhammad Al-Fateh sedangkan ketika itu beliau baru sahaja dilucutkan jawatan dari menjadi panglima perang yang mengawal bahagian laut dalam peperangan menakluk Kota Konstantinople.
Subhanallah! Hebat sungguh pejuang Islam ini. Tidak ada rasa dendam atau sakit hati terhadap pemimpin (Sultan Muhammad Al-Fateh) selepas dilucutkan jawatan malah tetap meneruskan misi menakluk Kota Konstantinople walaupun sebagai tentera biasa di bawah panji Islam.
Kerana apa? Kerana yang diperjuangkan adalah IDEOLOGI ISLAM bukan ideologi individu. Tidak perlu bina kumpulan baru atau menjadi pemberontak tapi berjuanglah di atas landasan yang sama walaupun pangkatnya rendah. Kerana Allah bukan menilai kita berapa banyak pengorbanan kita tapi sejauh mana kita IKHLAS memartabatkan agamaNYA.
Allah lihat apa yang tidak terlihat oleh manusia.
Banyak ibrah dari Kisah Penaklukan Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang boleh kita dapat asalkan kita buka mata hati. =D
Saturday, February 18, 2012
Friday, February 17, 2012
Perlu ke dibanding-bandingkan?
Assalamualaikum wbt to all readers
Alhamdulillah i thank Allah SWT for still letting me alive for another day today just to give million chances for me to repent from my previous sins. :(
Today, it is a bit awkward for me because i am going to post this post from my iPhone. I had just discovered that there is an apps for blogspot. Should explore more next time i think.
As you can read from the title, "perlu ke dibanding-bandingkan" actually it is about my malay-islamic-youth in Malaysia that really like to talk something unimportant sometimes. I really cannot stand the way they compare the ustazs in Malaysia walhal mereka patut tahu that the ustazs are trying their hard just to bring more people to Islam. They should be hold hand-in-hand and support the ustazs.
What i regret most is when the so-called islamic youth ni kebanyakannya memang sudah lama berada dalam medan dakwah dan tarbiyyah. :(
Sedikit dialog :-
"ana lebih suka cara Ustaz Azhar Idrus dalam menyampaikan ilmunya, penuh semangat dan memang menusuk sanubari"
"ana tak suka cara Ustaz Azhar Idrus sebab dia macam selalu cakap 'bodo' dan ini tak elok. Menyampaikan ilmu haruslah bil hikmah~~yadda yadda yadda" kemudian keluarkan hadis2 semua.
Why people why?
Why must u compare those Ustazs. We need to remind ourselves several times a day i think. Setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza dan latar belakang setiap orang berbeza. We have to remember that. Ada orang yang boleh terima cara macam UAI dan ada yang suka cara Ustaz Don yang penuh menyentuh qalbu. Ingat yang dakwah itu SENI dan setiap orang mempunyai interest yang berbeza. Like Ustaz Azhar, target group dia memang anak2 muda yang kurang pendedahan tentang Islam dan cara beliau berjaya menarik ramai anak muda that these people yang kita sendiri tak expect dia akan suka dan nak dengar ceramah tentang Islam. We need to remember each person level berbeza-beza. Saya tahu anda banyak ilmu dari saya malah anda telah kenal tarbiyyah lagi lama dari saya but i want to speak out sebagai org kebanyakan sbb di situ lah saya bermula.
Before, i never thought that Islam is this beautiful, dulu Islam ni sekadar agama warisan dari turun temurun but now i know the true colours of Islam. It is so colourful that i would like everyone to enjoy the rainbow and that is why, although i am not perfect secara ilmu but i want to share what i got although u might see it is a little thing.
I very attracted with the way muslim brothers and sisters here do their job. They welcome everyone and they never prejudise others. I mean, we can really see that they are sincere in their work. Kalau kat aussie ni bila ada halaqah, it is for everyone whether you wearing hijab or not you can still join the halaqah and amazingly, the non-hijabis girl are very open to advices. Kalau kat Malaysia plak lain cerita, yang hijabis duk kata ke non-hijabis and vice versa too. Bila semua ni nak berakhir...saya tak kata semua ya tapi mostly..
Dah-dah la tu duk banding2kan orang. Nobody perfect EXCEPT Muhammad. Jadi kalau nak banding pun bandingkan diri sendiri dulu dengan our beloved prophet Muhammad. He actually already shows the ways and solutions to alot of permasalahan yang kita hadapi sekarang tapi kita je kurang kaji tentang our prophet. Sedanglah sudah jelas lagi bersuluh padanya adalah contoh sepanjang zaman.
Sepanjang zaman tau bukan zaman Baginda je tapi sekarang pun kita boleh apply sifat Baginda. Hebatkan?
So, anda mampu?
Wassalam

Wednesday, February 8, 2012
"supaya dalam kubur nanti saya dapat mendengar derapan kaki kuda pahlawan yang menakluk kota Konstantinopel" - Abu Ayub Al-Ansari
Assalamualaikum wbt
Berderau darahku dengan keberanian beliau dan jatuh sudah air mata menangisi kesyahidan insan hebat bernama Abu Ayub Al-Ansari. Sedang aku membaca buku nukilan Abdul Latip Talib berjudul Mustafa Kamal Ataturk - Penegak Agenda Yahudi, tidak ku duga aku akan diperkenalkan dengan pahlawan hebat ini.
Monday, February 6, 2012
Great Video by Amal Ahmed Albaz talking about 5 before 5 =D
God does not change a nation
Unless they change themselves formation
So if u want love be the Love
And if you want peace be the Peace
Because the World is not going to change
Unless YOU change!
Sunday, February 5, 2012
Bila Seksi, mengata. Bila Taubat, Memuji
Monday, January 23, 2012
Cinta Sebelum Kahwin by Hilal Asyraf
Assalamualaikum and hello everyone.
Di sini saya nak kongsi perkongsian saudara Hilal Asyraf di FBnya yang saya rasa sangat sayang jika saya tak copypaste. Tujuan saya copy paste ni sebab saya nak simpan artikel ini untuk bacaan peribadi. Bukan suka-suka nak ciplak tau. Kalau anda taknak baca yang di sini pun anda boleh baca di wall FB beliau. Ini linknya Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal.
Ok. tanpa membuang masa ini artikel beliau...

........
Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.
Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.
Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.
Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?
Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?
Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?
Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.
Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.
Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.
Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.
Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?
Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.
Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.
Apabila Cinta Silap Dipandang.
Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.
Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.
“Hish, kecik-kecik dah gatal!”
Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.
Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.
“Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
“Hang budak lagi. Belajar dulu.”
Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.
Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.
“Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
“Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
-----------------------------------------------------------
Perbualan di atas ini adalah SMS
------------------------------------------------------------
Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.
“Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
“Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
“Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.
Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.
Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.
Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”
Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.
Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.
Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.
Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.
Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.
Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.
Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.
Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.
Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.
Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.
Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.
Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.
Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.
Cinta. Rosak dalam tangan manusia yang tidak mendalaminya.
by Hilal Asyraf Official FB

Wednesday, January 18, 2012
Baiti Jannati Impian : Perpustakaan di rumah =D
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah wa syukurillah Allah masih lagi memberi nyawa untuk ku bertaubat hari ni.
Saya sentiasa cuba ingatkan diri bahawa setiap hari baru yang Allah kurniakan itu merupakan satu NIKMAT yang paling besar di mana hari ini aku dihidupkan sebab Allah masih lagi bagi peluang dan ruang untuk aku bertaubat dan beramal ibadah(ibadah bukan atas tikar sejadah je kawan-kawan). Tanamlah dalam minda kita yang hari ini MUNGKIN menjadi HARI TERAKHIR kita di atas muka bumi jadi buatlah sebanyak mana ibadah yang kita mampu dan hindari perkara yang sia-sia. Pastinya ingatan ini untuk diri sendiri terutamanya.
Saturday, January 14, 2012
Kepulangan Yang membawa Makna
Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca dan saya doakan dirahmati Allah selalu =D
Alhamdulillah sudah hampir 3 minggu juga saya kembali menjejakkan tanah ke tanah air dan dah banyak tempat juga la kan saya pergi. Ada atas urusan kerja dan ada juga atas urusan peribadi. Sudah lama membiarkan blog bersawang jadi nak juga saya update sikit2 tentang perjalanan hidup saya sepanjang tiga minggu di Malaysia. InsyaAllah saya sekadar mahu bercerita tanpa terlalu memikirkan dalam lingkungan apa patut saya ceritakan kisah saya ini.
Wednesday, December 14, 2011
Allah kabul anda tolak?
Setiap kali lepas solat, kita mesti doa
" Ya Allah, janganlah engkau sesatkan hatiku setelah engkau memberi petunjuk kepadaku, kurniakanlah aku hidayahMu dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar".

Saturday, November 26, 2011
Hijrah Titik Tolak
Assalamualaikum wbt
Semoga Allah swt merahmatimu dan merahmatiku :)
Dah lama tak menaip jadi agak kekok setiap kali nak mulakan penulisan, al maklumlah saya ini bukan blogger tegar, saya tulis bila saya 'rajin' sahaja. ish ish ish. Sekarang ini pun tengah off task (panjangnya off task aku kan..) sedangkan exam last paper for this sem tinggal 2 hari lagi. Doakan saya ye.
Hijrah membawa maksud meninggalkan sesuatu keburukan dan berpindah kepada sesuatu yang baik. Dalam konteks hijrah Rasulullah dahulu ialah meninggalkan Mekah kerana ingin berhijrah ke Madinah. Hijrah ni membawa maksud yang sangat mendalam bagi saya juga. Bagi saya hijrah itu perlu two ways, faham?

Saturday, October 8, 2011
Dialog tentang HUDUD
Ali Imran 2:216
"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu"

Thursday, September 29, 2011
Islah Nafsak Wad'ue Ghairak
sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling
soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah
melampaui batas untuk diri sendiri.
(Imam Hasan Al Basri)
(Imam Hasan Al Basri)
Wednesday, September 7, 2011
Mengemis Kasih
"Tuhan dosaku menggunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas"
Sungguh sayu setiap kali mendengar lagu ini
Makin ku amati bait-bait indah ini
Makin aku terkenangkan dosaku dahulu
Sungguh sinar hidayahMu amat terang
Hanya Alhamdulillah mampu ku ungkapkan kini...=)

Labels:
Songs
Subscribe to:
Posts (Atom)